INFO TERKINI

>>>> KEPADA SEMUA PELAJAR SPM 2011...SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM... SEMOGA MENDAPAT KEJAYAAN YANG CEMERLANG...

Tuesday, October 12, 2010

TEKNIK BELAJAR BERKUMPULAN

Manusia adalah makhluk sosial yang perlu sentiasa berinteraksi bagi mencapai matlamat dan cita-cita pembentukan masyarakat. Belajar dalam kumpulan adalah merupakan salah satu strategi belajar yang berkesan. Cara belajar dalam kumpulan telah terbukti membuahkan sesuatu yang positif kepada setiap ahli di dalam kumpulan yang dibentuk itu. Bagi memastikan belajar secara berkumpulan menjadi efektif beberapa syarat berikut perlu dipatuhi:

Sunday, October 10, 2010

TIPS MENGHADAPI SPM YANG MAKIN HAMPIR.....

Kepada pelajar Sri Tapah yang akan menghadapi SPM pastinya semakin berdebar...bagi yang bersedia pastinya rasa tidak sabar untuk menjawab soalan... lagi cepat habis SPM lagi bagus... tapi mungkin berlainan cerita dengan yang tidak bersedia... kalau boleh nak tambah setahun dua lagi.. he.. hee. Oklah... ini hadiah untuk pejuang-pejuang SPM 2010...Baca jangan tak baca...

Persediaan sebelum menghadapi peperiksaan

a. Mengulangkaji: Lakukan di dalam 3 peringkat

PROGRAM JOM SAYANG KU KE SEKOLAH FASA II




Program ini telah dilaksanakan pada 23 September 2010. Mula-mula agak risau juga tentang sambutan dari masyarakat asli yang diundang.Manalah tahu kalau mereka buat tak tau saja.. mengelabah dibuatnya. Apapun tahniah kepada OA dari batu 3 hiungga batu 19... Tok batin pun ok.. semuanya datang.. harap- harap lepas ni.. dapatlah kerjasama yang lebih baik dari mereka. Sekurang-kurangnya dengan kehadiran tok batin nii akan meringankan sikit tugas guru-guru... Bagi guru yang mempunyai anak-anak didik yang agak bermasalah.. tak payahlah nak sarung 'boot getah' nak masuk ke dalam kampung .. Kepada pihak TNB... dan JHEOA... Terima kasih daun keladi... sokongan dari dua agensi nii memang sangat baik...harap lain kali dapat menumpang lagi kat dua agnsi ni..

p/s... teman ingat nak buat program masuk ke kampung..mintak-mintak boss wajibkan semua pergi!! ha haaa..


Saturday, October 9, 2010

Three Ways to Improve Poor Motivation

As malleable as the human brain is, not everyone adapts favorably to ubiquitous circumstances, be it work, school or family life. Poor motivation to engage and thrive in various activities is an issue that plaques a significant number of people. People who struggle with poor motivation are usually labeled as lazy by those who know them. However based on recent research studies showing a connection between mental issues such as depression and physical illnesses such as heart disease, a new theory has developed that suggests poor motivation is the minds' way of preventing the body from going into complete exhaustion.

Ciri-ciri Pelajar yang Cemerlang

1. Bersikap optimistik. Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam pendidikan. Pelajar cemerlang tidak bersikap pesimistik iaitu sentiasa putus harapan dan mengalah sebelum mula berjuang.

2. Mempunyai kesedaran dan kesediaan untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat pada masa akan datang. Maruah keluarga, masyarakat dan negara pada masa akan datang bergantung pada generasi remaja masa kini. Pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang sedar hakikat ini. Pelajar yang menyedari hakikat ini sudah pasti akan berusaha lebih gigih agar matlamat tersebut tercapai.

Monday, October 4, 2010

CINTA! OH! CINTA!!!

"Kenapa ni, monyok aje ni, sakit ke?" Nurul yang baru balik dari tutorial bertanya kepada teman sebiliknya.

"Nurul, sampai hati Zack buat begini pada aku", Ain menangis teresak-esak.

"Kenapa?" Nurul bertanya kembali, agak panik dengan Ain yang semakin kuat esakannya.

"Kami, kami, kami dah putus", raung Ain.