Sejarah Penggunaan Dadah
Dadah adalah sejenis bahan yang berguna untuk tujuan perubatan. Namun jika disalahguna ia akan menjadi racun dalam diri. Golongan umur yang paling mudah terpengaruh dengan dadah adalah antara 19 hingga 29 tahun. Dalam tahun 1972, kerajaan telah mula menyelaraskan penguatkuasaan undang-undang mengenai dadah. Pada tahun 1952, kerajaan telah memperkenalkan undang-undang iaituOrdinan Dadah Berbahaya yang melarang pemilihan, penggunaan, pembuatan, penjualan dan pengimportan secara haram segala jenis dadah berbahaya.
Jenis - jenis Dadah
Jenis-jenis dadah yang diminati oleh para penagih ialah heroin, morfin, candu, ganja, syabu, ecstasy, ubat batuk dan pelbagai lagi dadah lain yang berada di pasaran. Penggunaan dadah bagi penagih-penagih ini menggantikan keperluan hidup mereka seperti makanan dan minuman. Secara keseluruhannya, heroin mencatatkan rekod tertinggi dengan 13,914 orang penagih menjadi pengguna dadah jenis ini. Di antara dadah yang sering disalahgunakan termasuklah alcohol, marijuana, kokain, barbiturate dan amphetamine.
Kesan Penyalahgunaan Dadah
Seseorang yang mengambil dadah untuk tujuan lain yang bertentangan dengan pengamalan perubatan yang diakui disebut sebagai penyalahgunaan dadah. Seseorang penagih dadah yang tidak mendapat bekalan dadahnya akan menunjukkan tanda-tanda resah, berpeluh, loya dan mata serta hidung berair. Dari segi fizikal, seorang penagih dadah akan menjadi kurus, lemah tenaga, malas, kelihatan berada dalam khayalan, pitam, bertindak ganas, sakit perut dan berkemungkinan mati kerana mengambil dadah yang berlebihan. Penyakit yang boleh dijangkiti dari penagihan dadah adalah AIDS, mencacatkan daya ingatan dan koordinasi, hepatitis B, kanser, kancing gigi, mandul dan sebagainya.

No comments:
Post a Comment