INFO TERKINI

>>>> KEPADA SEMUA PELAJAR SPM 2011...SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM... SEMOGA MENDAPAT KEJAYAAN YANG CEMERLANG...

Saturday, June 26, 2010

Pisang Penawar Pelbagai Penyakit


Pisang mengandungi 3 jenis gula semula jadi - sukrosa,
fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian.
Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar
segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat
menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup
tenaga untuk senaman selama 90 minit.Selain itu, pisang
juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa
jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam
pemakanan seharian.

Tekanan atau stres

Buah pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis
protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia,
yang menyebabkan seseorang berasa tenang,
mengembalikan perasaan hati dan membuatkan rasa
gembira.

Neutralkan paras glukosa


Vitamin B6 yang terkandung dalam pisang mampu
meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh
mengembalikan perasaan hati.

Anemia

Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu
mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang
secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi

Pisang mengandungi kadar potassium yang tinggi -
garam rendah, menjadikannya sempurna untuk
menstabilkan tekanan darah.


Penghadaman


Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian yang
membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan

Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan
ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu.
Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan
madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah
yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula
memperbetulkan sistem hidrasi semula.

Panas Jantung

Pisang mempunyai kesan anti-asid semula jadi dalam
badan. Oleh itu, sekiranya menghadapi rasa panas pada
jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi

Jadikan pisang sebagai makanan setiap hari untuk
membantu memelihara kadar gula dalam darah bagi
mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk

Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba
sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan
dalam kulit pisang.

Saraf


Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang
dapat membantu menenangkan sistem saraf.

Ulser

Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia
bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita.
Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta
mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti
lapisan dinding perut.

Seasonal Affective Disorder
(SAD)


Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat
daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari.
Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi
tryptophan semula jadi yang membaik pulih perasaan hati
kita.

Penyakit Kulit:

Untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk
jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping
kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada
tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster
luka biasa ataupun plaster bedah.

AWAS:

Walaupun pisang baik untuk kesihatan dan
membantu merawat penyakit tertentu, ia tidak sesuai bagi
pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam
pisang adalah tinggi. Terdapat 25 gram gula setiap 126 gram
pisang (19.85%).
Pisang Penawar
Pelbagai Penyakit


Sumber : Persatuan Pengguna

No comments:

Post a Comment