INFO TERKINI

>>>> KEPADA SEMUA PELAJAR SPM 2011...SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM... SEMOGA MENDAPAT KEJAYAAN YANG CEMERLANG...

Sunday, November 27, 2011

CARA MENCARI YANG CAMERA DIGITAL TERBAIK










 


Setiap minggu, setiap bulan, pengeluar  kamera digital mengeluarkan berbagai-bagai jenis kamera digital yang kononnya mempunyai beberapa ciri-ciri terkini dan hebat ! .setakat ini adakah semuanya itu memuaskan hati dan memenuhi keperluan kita sebagai pengguna kamera digital tersebut ??

Selepas kita membelanjakan sejumlah wang dan  masa yang banyak di pusat membeli-belah untuk mencari  kamera digital terbaik sudah pastinya kita inginkan hasil pencarian yang terbaik. Apa boleh aku katakan rata-rata kita di luar tidak memiliki ilmu yang cukup untuk menilai sesebuah kemera digital dengan baik. kadang-kadang kita lebih terpengaruh dengan iklan yang disediakan oleh pihak pengeluar sahaja. oklah di sini saya kongsikan beberapa tip untuk mencari kamera digital yang terbaik....


Baiklah.. sebenarnya  terdapat faktor-faktor tertentu untuk mempertimbangkan apabila ingin memiliki kamera digital. Berikut beberapa perkara yang perlu kita ambil kira sebelum membelinya.. JANGAN HENTAM SAJA NANTI DUIT HABIS HATI JADI SAKIT.. HA HAA!!
Megapixel. Salah satu ciri-ciri yang paling penting untuk dalam memilih kamera digital. Semakin tinggi mega pixel, gambar yang akan diambil akan menjadi semakin baik. 1 mega pixel adalah bersamaan dengan satu juta pixel. Hasil resolusi imej anda adalah berdasarkan mega pixel tersebut . Ini bermakna apabila kita membesarkan gambar, gambar akan masih sharp dan warnanya juga akan kurang kabur.
SAIZ LCD. Kamera digital yang terbaik akan sentiasa mempunyai LCD yang besar . Ini akan membantu kita untuk melihat semula imej yang kita ambil. Secara puratanya kebanyakkannya mempunyai paparan 1.5 inci, paparan LCD 2 inci adalah sederhana baik, tetapi saiz LCD yang terbaik adalah  2.5 inci atau lebih tinggi.
ZOOM. Kebanyakan kamera digital mempunyai kedua-dua zoom digital dan optikal. Zoom optikal yang lebih tinggi adalah lebih baik daripada zoom digital yang lebih tinggi. Kamera digital biasanya dilengkapi dengan optik antara 3x atau 10x.
Kad memori. kita perlu sentiasa  mempastikan bahawa kad memori yang kita gunakan adalah sepadan dan betul untuk kamera digital kita. Terdapat beberapa jenis kad memori seperti kad xD, SD, Flash dan sebagainya. Pilih saiz memori yang anda perlukan, jika anda seorang jurufoto, anda mungkin memerlukan memori kad yang lebih besar ruang simpanannya.
Perkara utama yang perlu anda fikirkan juga adalah tahap keperluan kamera tersebut kepada anda. Kalau ciri hebat dan tak tahu nak guna pun, tak guna juga.. pastikanlah ianya sesuai dengan keperluan kita.. kalau sekadar  ingin merakamkan saat-saat indah dalam hidup tak perlulah beli yang terlalu canggih ciri-cirinya. Tak payahlah nak cari DSLR kalau setakan nak ambil gambar waktu bersiar-siar. MEMBAZIR DUIT JE... pendek cerita ikut keperluan laa..Lainlah kalau kita memang cari makan sebagai seorang jurufoto..
Jangan silap beli, sampai tak tahu nak guna.. akhirnya reput simpan dalam kotak he he...

No comments:

Post a Comment