KUALA LUMPUR: Jabatan Pelajaran diminta bekerjasama dengan pihak sekolah untuk memastikan murid sekolah berusia sembilan tahun hingga 15 tahun menjalani Ujian Permata Pintar, yang bertujuan mengenal pasti kanak-kanak pintar cerdas bagi mengikuti Program Permata Pintar Negara.
Penaung Program Permata Pintar Negara, Datin Seri Rosmah Mansor, berkata sejak program itu dilancarkan pada 2 Mac lalu, hanya 20,000 pelajar daripada 140,000 pelajar yang dikategorikan sebagai pintar dan cerdas di seluruh negara menjalani ujian berkenaan.
“Mengikut pakar bidang ini, dianggarkan lima peratus daripada kanak-kanak di bawah umur 14 tahun adalah kanak-kanak pintar cerdas. Ini bermakna berdasarkan jumlah penduduk Malaysia dalam lingkungan usia empat tahun hingga 10 tahun, mereka yang masuk dalam kategori itu dianggarkan berjumlah 140,000.
“Tetapi, sebahagian besar yang menjalani ujian ini pula terdiri daripada pelajar berusia 13 tahun hingga 15 tahun. Kita mahu ujian ini dilakukan semua pelajar dan tidak terhad kepada satu kaum saja.
“Justeru, kita mohon kerjasama daripada Pengarah Pelajaran Negeri serta guru di seluruh negara untuk memastikan murid terbabit mengambil Ujian Permata Pintar UKM 1 secara online sama ada di sekolah mahu pun di rumah,” katanya pada sidang media selepas melancarkan pelaksanaan Program Permata Pintar Negara, di sini, semalam.
Hadir sama, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Md Dom dan Naib Canselor UKM, Prof Datuk Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin.
Rosmah yang juga isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, setakat ini hanya 1,900 pelajar yang berjaya menamatkan ujian saringan, Ujian Permata Pintar UKM 1 dalam tempoh satu jam dengan markah tertinggi adalah 68 daripada markah penuh 140.
Rosmah yang juga isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, setakat ini hanya 1,900 pelajar yang berjaya menamatkan ujian saringan, Ujian Permata Pintar UKM 1 dalam tempoh satu jam dengan markah tertinggi adalah 68 daripada markah penuh 140.
Beliau berkata, Ujian Permata Pintar UKM 1 membolehkan pihaknya mengenal pasti murid yang layak untuk mengikuti peringkat ujian saringan seterusnya iaitu Ujian Permata Pintar UKM 2 dan UKM 3.
Katanya, semua tiga ujian saringan yang dilaksanakan itu setara dengan ujian IQ yang diguna pakai di negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia.
“Seramai 300 pelajar yang mencapai markah yang ditetapkan dalam semua ujian itu akan dipelawa menyertai program Perkhemahan Cuti Sekolah kendalian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada Disember depan.
“Ia bakal menjadi perkhemahan kanak-kanak pintar cerdas pertama di negara ini, yang menggunakan kurikulum pendidikan yang disediakan UKM serta Centre for Talented Youth (CTY), Universiti John Hopkins (UJH), Amerika Syarikat,” katanya.
Terdahulu dalam ucapannya, Rosmah berkata, fasilitator yang akan melaksanakan program perkhemahan selama dua minggu itu akan dihantar menyertai Program Summer Camp selama 20 hari anjuran UJH pada Jun depan.
“Seramai enam fasilitator yang terdiri daripada profesor, guru mahir, guru pakar pelajar di peringkat Doktor Falsafah (Phd) dan Sarjana kemudiannya menganjurkan kursus serupa pada Julai dan Ogos ini kepada fasilitator yang dipilih melaksanakan program perkhemahan itu kelak,” katanya
Sumber: Berita Harian
No comments:
Post a Comment