Pelajar Menitis Air Mata Semasa Slot " Mega Installation"
Aktiviti Membongkar Rahsia Diri
Sekiranya tukang kayu tidak mempunyai alat-alat pertukangan bagaimana dia mampu membina rumah yang cantik. Begitu juga dengan seorang nelayan yang tidak mempunyai jala dan kail bagaimanakah dia mampu menangkap ikan. Sesetengah pelajar bukanlah lemah dalam belajar atau menghafal tetapi masalah itu timbul kerana tidak mempunyai mind set yang betul dan tidak di ajar cara yang betul.
Persekitaran yang negatif, media yang memaparkan perkara-perkara negatif dan bergaul dengan rakan-rakan yang sentiasa negatif menjadikan minda bawah sedar diprogramkan dengan perkara-perkara yang negatif. Melalui Program ini diharapkan minda pelajar ini dapat di reprogramkan semula serta di install dengan perisian yang positif yang mungkin bakal melonjakkan sedikit perubahan dalam diri dan mempunyai pandangan hidup yang baru, segar dan lebih bertenaga.
Cikgu Wan Fatihah...bergenang juga air matanya...
Menjadi pelajar yang cemerlang merupakan idaman semua pelajar. Tidak kira di mana-mana sahaja sama ada di desa dan bandar besar. Namun begitu terdapat Pra-syarat yang perlu dipenuhi sebelum seseorang pelajar tersebut menjadi cemerlang.Iaitu Mind Set yang betul.
Kita sering menganggap perkara ini tidak penting dan kadang-kadang kita terlepas pandang. Sedangkan disinilah sebenarnya kunci kejayaan bagi semua pelajar cemerlang. Inilah juga perkara yang membezakan antara pelajar cemerlang dan pelajar yang lemah.
Trainer En Nasri Abidin...
Ramai yang mengenalinya tapi tak ramai yang tahu kekuatan yang ada padanya... Syabas En. Nasri..
Ramai yang mengenalinya tapi tak ramai yang tahu kekuatan yang ada padanya... Syabas En. Nasri..
No comments:
Post a Comment